Cara Pembuatan Gula Tebu

Gula Dari Tebu

Tebu mengambil masa setahun untuk mencapai tahap matang sebelum dituai untuk proses penghasilan gula. Ia merupakan tumbuhan yang tumbuh subur di kawasan beriklim tropika yang memerlukan cahaya matahari dan hujan yang banyak. 

Proses penuaian bermula dengan menebang pokok-pokok tebu dari pangkalnya. Kebiasaannya tebu dituai pada musim panas.



Tebu-tebu yang dibawa dari ladang ke kilang pemprosesan tebu akan melalui proses pemerahan yang dilakukan menggunakan mesin pemerah berskala besar. Hasil perahan tebu ini pada peringkat ini amat kotor dengan campuran hampas kecil, sedikit tanah yang melekat di batang tebu ketika penuaian dan  kemungkinan sedikit daun-daun tebu yang melekat pada batang tebu. Namun ini bukanlah bermakna gula yang dihasilkan adalah kotor kerana ia akan melalui proses saringan berperingkat-peringkat.



Jus tebu boleh dibersihkan menggunakan calcium hydroxide dimana ia banyak digunakan didalam industri makanan kerana ianya rendah toksik. Walaubagaimanapun penggunaannya haruslah dalam kuantiti yang terkawal. 

Seterusnya jus tebu akan dimasak sehingga kesemua air tersejat dari jus tebu tersebut dan akhirnya membentuk kristal. Dalam sesetengah keadaan taburan serbuk gula diperlukan untuk membantu proses pembentukan kristal gula.


Video Pembuatan Gula Tebu

Kristal gula inilah yang digunakan dalam pemanis minuman dan makanan dirumah anda. Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan gula dalam minuman. Cakap memang senang tapi hakikatnya pengambilan gula berlebihan dalam kehidupan seharian tidak kita sedari. Gula yang berlebihan ini jika tidak dapat ditukarkan kepada tenaga secara efisyen oleh sistem tubuh badan akan mendatangkan kemudaratan. Ingat! Dalam masakan pun telah ada banyak kandungan gulanya terutamanya masakan bersambal untuk mengurangkan rasa pedas. 

Penyakit sampingan kesan dari pengambilan gula secara berlebihan iaitu penyakit kencing manis boleh dikurangkan dengan pengambilan air beralkali. Air beralkali terbukti amat berkesan dalam mengawal tahap keasidan badan manusia.