Jenis Darah

Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah. Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).

Sumber yang dipetik dari wikipedia di atas memang agak teknikal untuk difahami oleh golongan yang bukan berlatarbelakangkan bidang perubatan. Bagi golongan yang tidak terlibat dengan bidang perubatan tidak perlu memahami secara terperinci, memadai dengan memahami kumpulan jenis darah secara umum sahaja.

kempen derma darah
Dermalah Darah Anda Untuk Menyelamatkan Nyawa Orang Lain

Mengapa Derma Darah

Setiap hospital mempunyai bank darah mereka sendiri dan mereka mempunyai kawalan yang ketat dalam memantau jumlah simpanan minima bagi menjamin kelancaran operasi dalam keadaan biasa mahupun pada keadan kecemasan. Sumbangan oleh penderma darah memang amat diperlukan dengan menjalankan kempen derma darah secara berkala di organisasi terpilih. Anda digalakkan untuk menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang lain.

derma darah
Kemalangan Yang Mungkin Memerlukan Penderma Darah
Malang tidak berbau, saban hari kedengaran sana-sini kemalangan dan tabung darah di setiap hospital perlu diisi bagi menjamin keupayaan pihak hospital menyelamatkan nyawa manusia.

Kumpulan Jenis Darah

Anda perlu tahu apakah jenis darah anda dan siapakah yang sesuai menjadi penerima.

Jenis darah AB - individu berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan jenis darah (darah jenis AB lebih diutamakan), tetapi boleh menderma darah kepada golongan yang sama dengan mereka sahaja.

Jenis darah A - individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari jenis A atau O sahaja (keutamaan pada darah jenis A) dan boleh menyumbangkan darah mereka kepada individu berdarah jenis A atau AB.

Jenis darah B - individu berdarah jenis B boleh menerima darah dari jenis B atau O sahaja (keutamaan pada darah jenis B) dan boleh menyumbangkan darah mereka kepada individu berdarah jenis B atau AB.

Jenis darah O - individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari jenis O sahaja dan mereka boleh menyumbangkan darah kepada individu berdarah jenis O, A, B atau AB.

Kesimpulan
Secara grafiknya keserasian darah manusia dapat digambarkan seperti dibawah.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis_darah
Darah jenis O negative merupakan darah jenis sejagat (universal) dimana ia mampu mendermakan dirinya kepada semua kumpulan jenis darah. Namun dirinya hanya boleh menerima darah dari jenisnya sahaja.

Tanda2 Diabetes

Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami masalah yang menjerumus kepada penyakit diabetes. Bagi mereka, jika mereka kerap bersenam dan mengawal pemakanan, mereka tidak akan mendapat penyakit diabetes.

Tanggapan sebegitu adalah salah. Sekiranya anda mengalami tanda2 diabetes seperti dibawah, maka, segeralah berjumpu doktor untuk mendapatkan pemeriksaan asas penyakit diabetes.


Image courtesy of Gualberto107 at FreeDigitalPhotos.net

Tanda2 Diabetes


Kerap membuang air kencing


Anda akan mula kerap membuang air kencing walaupun jumlah air yang diminum tidaklah banyak. Perkara ini berlaku kerana lebihan kandungan gula yang terdapat di dalam darah cuba disingkirkan oleh buah pinggang melalui air kencing. Ini menjadikan sistem tubuh badan anda mulai merasakan dirinya mula kekurangan air dan menghantar isyarat dahaga. Untuk menghilangkan dahaga, anda mula meminum banyak air dan akhirnya menyebabkan anda kerap membuang air kencing.


Kehilangan berat badan yang mendadak

Kesan dari kehilangan gula dari pembuangan air kencing yang kerap akan menjurus kepada kehilangan kalori. Pada masa yang sama, gejala kencing manis ini akan menghalang gula dalam makanan yang diambil daripada sampai ke sel-sel badan anda. Ini menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Kesan sampingan yang lain ialah ia berpotensi untuk menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak, terutamanya jika anda mengidap kencing manis jenis 1. Sebagai makluman, terdapat 2 jenis diabetes yang akan dihuraikan di posting yang lain.

Kerap rasa lemah dan letih

Sudah tentu anda merasa penat kesan dari proses dehidrasi yang berlaku yang disebabkan oleh kekerapan membuang air kencing. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan badan untuk berfungsi dengan baik kerana sistem tubuh badan kurang dapat menggunakan fungsi gula untuk menjana tenaga yang diperlukan.

Penglihatan Semakin Kabur

Pada tahap ini, anda perlu berjaga-jaga. Ia mungkin mula merosakkan sistem penglihatan anda. Tahap gula dalam darah yang tinggi akan menarik cecair dari tisu badan termasuklah tisu penglihatan iaitu kanta mata anda. Ini mengganggu keupayaan mata anda untuk memfokus dengan baik.

Kebas pada kaki dan tangan

Anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap tahap kesihatan anda apabila mula merasakan kebas pada bahagian kaki dan tangan. Perkara ini berlaku akibat dari kerosakan sistem saraf yang biasanya bermula di kaki

Tanda2 diabetes akan dialami oleh pengidap kencing manis sebagai satu tanda amaran terhadap mereka yang masih tidak menyedari bahawa mereka telah mula menghidap kencing manis. Elakkan diri dari terdedah kepada kecederaan luka dibahagian-bahagian yang mudah dijangkiti kuman seperti dibahagian jari kaki. Bahagian jari kaki amat sukar dijaga kerana ia terdedah kepada kekotoran seperti debu, tanah dan sebagainya. Rawatan awal mampu mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Doktor mampu memberikan pandangan mengenai cara merawat kencing manis yang perlu diikuti oleh setiap pesakit kencing manis.

Kelebihan Air Beralkali

Apakah air yang masuk ke rumah anda selamat untuk kegunaan seisi keluarga? Dalam menempuh era pembangunan yang begitu pesat, kita tidak dapat lari berdepan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang tidak memperdulikan faktor kebersihan alam semulajadi. Sisa-sisa perkilangan dibuang begitu sahaja ke aliran sungai tanpa melalui proses rawatan pembuangan sisa yang sewajarnya. Sudah kerapkali disiarkan di media elektronik mengenai tindakan sesetengah pihak yang membuang minyak enjin terpakai ke dalam sungai. Umum tentu tahu bahawa bekalan air bersih ke premis mereka adalah datangnya dari sumber air sungai. Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan eko-sistem sungai tetapi ia juga mendatangkan kesan bahaya kepada manusia.

Air yang mengalir masuk ke kawasan perumahan ini semakin tercemar dan menjadi semakin berasid. Kandungan klorinnya juga agak tinggi sehinggakan jika anda membela ikan peliharaan di dalam akuarium dan anda menggunakan air paip untuk mengisi akuarium anda, akan kelihatan ikan-ikan tersebut berenang dalam keadaan tidak stabil. Ikan-ikan yang sensitif akhirnya akan mati secara perlahan-lahan. Oleh kerana itulah beberapa sukatan anti-klorin perlu dimasukkan setiap kali anda menukar air akuarium.

Selain itu, anda mungkin tidak perasan akan kejernihan air yang masuk ke rumah anda mengandungi segala jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika dituang ke dalam gelas lutsinar, warna memang nampak jernih tetapi hakikatnya TIDAK.

Kelebihan Air Beralkali

Air tersebut juga belum mencapai tahap alkali yang sesuai untuk tubuh manusia. Kelebihan air beralkali adalah bertujuan meneutralkan tahap keasidan badan yang berlebihan. Antara kesan negatif buat mereka yang mempunyai paras asid dalam badan yang tinggi adalah seperti berikut :
  • Gout
  • Kencing manis
  • Jantung
  • Darah tinggi
  • Penyakit buah pinggang
  • Kanser
  • Darah rendah
  • Sembelit

Ketidakseimbangan PH cecair dalam tubuh manusia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi. Bagi seseorang yang mempunyai paras asid dalam badan yang normal, sukatan yang sewajarnya adalah 3.6mg/dl - 8.3mg/dl. Untuk nilai PH pula adalah sekitar 6.8 - 7.2. Keseimbangan makanan pula diukur dalam nisbah 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid supaya badan kekal sihat di tahap optimum. Kestabilan PH dalam badan mampu meningkatkan sistem ketahanan badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Di antara organ badan yang paling berasid adalah perut kerana ia menghasilkan asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pengambilan makanan berasid yang terlalu kerap seperti daging, makanan laut dan makanan terproses (makanan dalam tin), boleh menjejaskan sistem pencernaan lantas meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan. 

Kelebihan air beralkali adalah untuk menyeimbangkan paras asid dalam badan kerana air diperlukan oleh badan untuk memproses makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang. Semakin tinggi kadar PH dalam minuman, semakin rendah kadar keasidan badan seseorang.

Concentrated Mineral Drops atau CMD mampu membantu menyelesaikan masalah lebihan asid dalam badan. Ia mengandungi pekatan alkali yang diambil bersama minuman atau dimasukkan ke dalam makanan. Keberkesanan CMD dapat dilihat pada beberapa siri testimoni yang diberikan oleh mereka yang telah menggunakannya.

Penyakit Diabetes

Tidak dapat dinafikan faktor utama yang mendorong kepada peningkatan pesakit diabetes dikaitkan dengan pemakanan. Makanan yang tinggi kadar gula jarang diberikan perhatian oleh masyarakat. Apa yang diamalkan pada hari ini tidak sama seperti apa yang diamalkan oleh masyarakat dahulu. Jika anda pernah ke utara tanahair, rata-rata mereka di sana gemar memakan pulut bersama mangga atau durian atau kuah kari. Pulut tinggi kadar gulanya, tetapi orang kampung di sana kurang mendapat penyakit kencing manis. Kenapa?

Jawapannya ialah mereka bersarapan pagi dengan pulut dan seterusnya bekerja di sawah padi membanting tulang empat kerat sehingga tengahari. Mereka memerlukan gula yang banyak didalam badan mereka untuk mendapatkan tenaga. Gula berfungsi menukarkan dirinya menjadi ejen tenaga. Tiada lebihan gula yang terpendam di badan mereka yang boleh mendatangkan ancaman penyakit diabetes ke atas mereka. 

Berbanding pada hari ini, keturunan mereka dengan berbekalkan gulungan ijazah merantau ke kota besar seperti Kuala Lumpur dan bekerja di pejabat dari pagi hingga ke petang. Mereka ini masih lagi berminat kepada bentuk sarapan yang sama kerana telah biasa dengan jenis sarapan yang sama seperti di kampung. Golongan inilah yang mungkin mengalami penyakit diabetes suatu masa nanti.

Makanan Hidangan Secara Buffet


Tajuk Artikel : Awas Diabetes!
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/93287
Disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 5:01 AM 

Menikmati hidangan lazat serta pengambilan makanan segera tidak terkawal menjadi antara kegemaran dan pilihan kebanyakan rakyat Malaysia terutama yang sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas harian selain individu tidak mementingkan penjagaan kesihatan.

Memuaskan nafsu dengan menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat pada hakikatnya bukanlah suatu kesalahan, namun disebabkan kebanyakan makanan itu tidak menyihatkan menjadikan ia perlu diteliti sebelum pengambilannya.

Pastinya sering bermain di fikiran setiap individu, makanan yang sihat itu tidak menyelerakan, tidak lazat dan berasa hambar, namun tanggapan itu ternyata salah dan perlu ditangkis.

Pengambilan makanan yang tidak sihat serta gaya hidup tidak seimbang berkait rapat dengan penyakit diabetes yang menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia.

Tanggapan umum menyatakan penyakit itu hanya dapat dikesan dan dihidapi golongan dewasa atau individu yang memiliki lebihan berat badan ternyata tidak tepat sama sekali.

Ia disebabkan pada hakikatnya penyakit diabetes dikategorikan sebagai antara penyakit kronik paling kerap dihidapi kanak-kanak serta golongan muda selain menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia.

Berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2014 menunjukkan rakyat Malaysia dikategorikan sebagai antara rakyat paling ramai mempunyai masalah berat badan.

Lebihan berat badan selain tidak kerap bersukan menjadi antara penyebab utama penyakit diabetes itu mula menyerang.

Ketua Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau Dr Ng Lee Li berkata, kajian mendapati gaya hidup tidak seimbang, waktu bekerja yang panjang dan pengambilan makanan tidak terkawal menjadi risiko terbesar diabetes.

“Peningkatan jumlah individu yang menghidap diabetes setiap tahun amat membimbangkan dan ia perlu ditangani segera.

“Semuanya perlu dikawal terutama gaya hidup harian kerana ia mempe­ngaruhi tahap kesihatan sese­orang dan akhirnya individu itu disahkan menghidap diabetes,”katanya.

Menurutnya, sejajar de­ngan sambutan Hari Diabetes Dunia baru-baru ini, kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit itu perlu lebih ditekankan kepada setiap individu dengan lebih serius.

“Jangan menganggap ia perkara remeh dengan meneruskan rutin harian tidak sihat terutama daripada aspek pemakanan.

“Lakukan senaman, makan secara sihat dan bertemulah dengan pakar bagi bersama-sama mengawal atau menangani penyakit itu sekiranya anda mula merasai tanda kurang sihat,” katanya.

Sementara itu, Pakar Diet Columbia Asia Kong Woan Fei berkata, purata pengambilan gula dalam sehari bagi setiap individu adalah 11 sudu teh, namun kebanyakan rakyat Malaysia mengambil gula sehingga 24 sudu teh setiap hari.

“Angka itu amat membimbangkan kerana pengambilan gula tidak terkawal pada seseorang itu menyebabkan berlaku pelbagai risiko penyakit terutama diabetes.

“Disebabkan itu, setiap individu perlu sedar dan sayangi diri dengan menjaga pengambilan makanan setiap hari,” katanya.

Di sini, Kong berkongsi tip untuk makan secara sihat bagi mengurangkan risiko diabetes juga kepada penghidap diabetes:

  • Hadkan kemanisan minuman bagi membantu mencegah diabetes.
  • Kiraan karbohidrat dan jumlah pengambilan karbohidrat adalah lebih penting daripada jenis karbohidrat yang anda makan.
  • Jangan meninggalkan pengambilan karbohidrat walaupun sekiranya anda pesakit diabetes kerana ia sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
  • Buah-buahan boleh dikategorikan sebagai makanan mesra diabetes tetapi perlu mengambilnya sebagai sebahagian daripada karbohidrat harian anda.
  • Kawalan saiz hidangan adalah kejayaan utama dalam mana-mana pelan pengurusan diet.
  • Makan secara berlebihan berlaku kerana individu itu cenderung untuk memuaskan nafsu seleranya.
  • Makan sebahagian kecil daripada makanan yang anda suka.
  • Keinginan untuk menikmati makanan masin akan berkurangan apabila anda mula mengurangkan secara beransur-ansur pengambilan garam.