Jenis Darah

Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah. Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).

Sumber yang dipetik dari wikipedia di atas memang agak teknikal untuk difahami oleh golongan yang bukan berlatarbelakangkan bidang perubatan. Bagi golongan yang tidak terlibat dengan bidang perubatan tidak perlu memahami secara terperinci, memadai dengan memahami kumpulan jenis darah secara umum sahaja.

kempen derma darah
Dermalah Darah Anda Untuk Menyelamatkan Nyawa Orang Lain

Mengapa Derma Darah

Setiap hospital mempunyai bank darah mereka sendiri dan mereka mempunyai kawalan yang ketat dalam memantau jumlah simpanan minima bagi menjamin kelancaran operasi dalam keadaan biasa mahupun pada keadan kecemasan. Sumbangan oleh penderma darah memang amat diperlukan dengan menjalankan kempen derma darah secara berkala di organisasi terpilih. Anda digalakkan untuk menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang lain.

derma darah
Kemalangan Yang Mungkin Memerlukan Penderma Darah
Malang tidak berbau, saban hari kedengaran sana-sini kemalangan dan tabung darah di setiap hospital perlu diisi bagi menjamin keupayaan pihak hospital menyelamatkan nyawa manusia.

Kumpulan Jenis Darah

Anda perlu tahu apakah jenis darah anda dan siapakah yang sesuai menjadi penerima.

Jenis darah AB - individu berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan jenis darah (darah jenis AB lebih diutamakan), tetapi boleh menderma darah kepada golongan yang sama dengan mereka sahaja.

Jenis darah A - individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari jenis A atau O sahaja (keutamaan pada darah jenis A) dan boleh menyumbangkan darah mereka kepada individu berdarah jenis A atau AB.

Jenis darah B - individu berdarah jenis B boleh menerima darah dari jenis B atau O sahaja (keutamaan pada darah jenis B) dan boleh menyumbangkan darah mereka kepada individu berdarah jenis B atau AB.

Jenis darah O - individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari jenis O sahaja dan mereka boleh menyumbangkan darah kepada individu berdarah jenis O, A, B atau AB.

Kesimpulan
Secara grafiknya keserasian darah manusia dapat digambarkan seperti dibawah.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis_darah
Darah jenis O negative merupakan darah jenis sejagat (universal) dimana ia mampu mendermakan dirinya kepada semua kumpulan jenis darah. Namun dirinya hanya boleh menerima darah dari jenisnya sahaja.