Tanda2 Diabetes

Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami masalah yang menjerumus kepada penyakit diabetes. Bagi mereka, jika mereka kerap bersenam dan mengawal pemakanan, mereka tidak akan mendapat penyakit diabetes.

Tanggapan sebegitu adalah salah. Sekiranya anda mengalami tanda2 diabetes seperti dibawah, maka, segeralah berjumpu doktor untuk mendapatkan pemeriksaan asas penyakit diabetes.


Image courtesy of Gualberto107 at FreeDigitalPhotos.net

Tanda2 Diabetes


Kerap membuang air kencing


Anda akan mula kerap membuang air kencing walaupun jumlah air yang diminum tidaklah banyak. Perkara ini berlaku kerana lebihan kandungan gula yang terdapat di dalam darah cuba disingkirkan oleh buah pinggang melalui air kencing. Ini menjadikan sistem tubuh badan anda mulai merasakan dirinya mula kekurangan air dan menghantar isyarat dahaga. Untuk menghilangkan dahaga, anda mula meminum banyak air dan akhirnya menyebabkan anda kerap membuang air kencing.


Kehilangan berat badan yang mendadak

Kesan dari kehilangan gula dari pembuangan air kencing yang kerap akan menjurus kepada kehilangan kalori. Pada masa yang sama, gejala kencing manis ini akan menghalang gula dalam makanan yang diambil daripada sampai ke sel-sel badan anda. Ini menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Kesan sampingan yang lain ialah ia berpotensi untuk menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak, terutamanya jika anda mengidap kencing manis jenis 1. Sebagai makluman, terdapat 2 jenis diabetes yang akan dihuraikan di posting yang lain.

Kerap rasa lemah dan letih

Sudah tentu anda merasa penat kesan dari proses dehidrasi yang berlaku yang disebabkan oleh kekerapan membuang air kencing. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan badan untuk berfungsi dengan baik kerana sistem tubuh badan kurang dapat menggunakan fungsi gula untuk menjana tenaga yang diperlukan.

Penglihatan Semakin Kabur

Pada tahap ini, anda perlu berjaga-jaga. Ia mungkin mula merosakkan sistem penglihatan anda. Tahap gula dalam darah yang tinggi akan menarik cecair dari tisu badan termasuklah tisu penglihatan iaitu kanta mata anda. Ini mengganggu keupayaan mata anda untuk memfokus dengan baik.

Kebas pada kaki dan tangan

Anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap tahap kesihatan anda apabila mula merasakan kebas pada bahagian kaki dan tangan. Perkara ini berlaku akibat dari kerosakan sistem saraf yang biasanya bermula di kaki

Tanda2 diabetes akan dialami oleh pengidap kencing manis sebagai satu tanda amaran terhadap mereka yang masih tidak menyedari bahawa mereka telah mula menghidap kencing manis. Elakkan diri dari terdedah kepada kecederaan luka dibahagian-bahagian yang mudah dijangkiti kuman seperti dibahagian jari kaki. Bahagian jari kaki amat sukar dijaga kerana ia terdedah kepada kekotoran seperti debu, tanah dan sebagainya. Rawatan awal mampu mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Doktor mampu memberikan pandangan mengenai cara merawat kencing manis yang perlu diikuti oleh setiap pesakit kencing manis.