Cara Merawat Darah Tinggi

Apakah itu tekanan darah?

Secara asasnya tekanan darah merujuk kepada satu keupayaan "daya" (force) yang menggerakkan darah didalam sistem peredaran darah samada manusia atau haiwan. Daya yang dimaksudkan di sini merupakan elemen penting sebuah kehidupan kerana tanpa tekanan darah tidak mungkin oksigen dan zat-zat dapat sampai ke bahagian-bahagian organ dan tisu-tisu manusia dan haiwan.

Sungguh kompleks kejadian makluk ciptaan Allah swt. Setiap manusia hanya kenal erti hidup yang hanya perlukan udara, air dan makanan untuk hidup tetapi hakikatnya tubuh badan manusia memerlukan lebih dari itu. Tubuh manusia perlukan tahap sihat yang maksima untuk menjamin setiap organ dan tisu-tisu dalamnya berfungsi dengan sempurna. Tekanan darah juga penting kerana ia menghantar sel-sel darah putih dan antibodi untuk sistem immuniti dan hormon. 


Selain sebagai ejen penghantaran yang gigih bekerja untuk tubuh badan manusia, darah juga bertindak sebagai ejen pengangkutan yang mengangkut sisa-sisa toksid. Ehmmm... rumit betul tugasnya. Bayangkan jika ia mohon bercuti dari anda untuk tempoh 1 hari, mampukah anda mengizinkannya?


ukuran tekanan darah


Punca Penyakit Darah Tinggi

  • Faktor genetik antara yang dikaitkan dengan pengidap penyakit darah tinggi. Walaupun bukannya 100% pertalian kepada masalah ini tetapi secara logiknya jika sejak kecil seorang bapa yang sukakan makanan dalam kategori tinggi asid sebagai contoh daging kambing, sudah tentu akan menyuapkan sedikit daging kambing ke mulut anaknya. Apabila anak semakin membesar, mereka cenderung menggilai makanan yang sama seperti ibubapa mereka. Akhirnya, apa juga penyakit yang dihidapi oleh ibubapa mereka akan dihidapi oleh anak mereka apabila anak-anak mereka meningkat tua.
  • Penyempitan arteri berlaku apabila seseorang meningkat tua. Ibarat getah hose di enjin kereta yang semakin lama semakin mengeras dan berlakulah lebihan minyak yang keluar di hose tersebut. Dalam hal penyakit darah tinggi, penyempitan arteri mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Tekanan jantung yang tidak berlaku pada kadar normal mengundang kepada masalah sakit jantung.

Cara Mengenalpasti Penyakit Darah Tinggi

Kerapkali pesakit tidak mengetahui bahawa mereka mula mengidap penyakit darah tinggi kerana tahap tekanan darah sentiasa berubah mengikut waktu. Mereka adakalanya merasakan pening kepala, telinga berdengung, selalu pitam apabila melakukan aktiviti yang tertentu atau selepas makan makanan yang tertentu. Tambahan pula selepas mengambil 2 biji paracethamol dan berehat, mereka mula rasa sihat kembali. Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik sekiranya situasi sebegini kerap berlaku. Dengan berjumpa doktor di klinik, tekanan darah anda dapat diukur untuk mengenalpasti ketinggian tekanan darah anda.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah diukur pada 2 ukuran iaitu sistolik dan diastolik. Sistolik bermaksud tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung, manakala diastolik menunjukkan tahap tekanan ke atas arteri sewaktu jantung berehat di antara pengepaman. Tekanan darah amat berbeza mengikut jam, samada di awal pagi, tengahari, petang dan malam. 
Sekiranya anda pernah menemani seseorang yang dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit darah tinggi, anda akan dapat melihat jururawat mengambil bacaan tekanan darah tinggi di awal pagi sekitar jam 5am - 6am. Pada waktu ini, jantung dalam keadaan rehat. 
Bila mana tekanan darah sentiasa merekodkan bacaan yang tinggi, kesimpulannya, anda dikenalpasti sebagai pengidap penyakit darah tinggi.

Kesan Tekanan Darah Tinggi

  • serangan jantung
  • serangan angin ahmar
  • kerosakan buah pinggang
  • komplikasi pada mata


Cara Merawat Darah Tinggi

Ubat-ubatan Moden Untuk Pesakit Darah Tinggi

Diuretic - bertujuan untuk merangsang buah pinggang seseorang untuk meningkatkan proses membuang air kencing. Ia mampu mengurangkan cecair dalam darah dan seterusnya merendahkan tekanan darah. 

Vasidilator - Bertindak sebagai ejen merehatkan dinding kapilari darah supaya menjadi lentur dan menambah ruang saluran darah.

Alpha Blocker - Sejenis ubat yang bertindak menghalang dinding salur darah dari menjadi tegang.

ACEs Inhibitor- Ubat ini menghalang penghasilan hormon yang boleh merangsang saluran darah dari menjadi tegang.


Cara Merawat Darah Tinggi

Cara Merawat Darah Tinggi Secara Semulajadi

Penyakit darah tinggi sebenarnya tiada ubat yang mampu merawatnya secara kekal. Sekali didiagnosis sebagai pesakit darah tinggi, anda akan kekal sebagai pesakit darah tinggi, namun, penyakit ini boleh dikawal. Sekiranya anda berjumpa doktor ataupun mencari informasi di Internet berkaitan cara merawat darah tinggi, inilah antara yang nasihat doktor atau nasihat dari Mr. Internet.


diet seimbang
Kawal Pemakanan Anda
  • Kawal pemakanan 
- Kurangkan garam dalam diet yang diambil
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak
- Elakkan makanan berasid untuk mengelakkan tahap asid dalam badan yang tinggi.
  • Jangan merokok
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Kurangkan berat badan sekiranya berlebihan. Rujuk kepada ukuran Body Mass Index yang ideal.
  • Tangani masalah stress dengan bijak
  • Tidur yang mencukupi

Cara Merawat Darah Tinggi Dengan Penggunaan Supplement Semulajadi

Banyak supplement yang terdapat di farmasi mahupun di Internet yang berasaskan bahan semulajadi untuk mengawal tekanan darah tinggi. Antara punca tekanan darah tinggi ialah tahap keasidan dalam badan yang tinggi kesan dari pengambilan makanan yang tinggi tahap asidnya. Bilamana asid dalam badan terlalu tinggi, toksin dalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna dan akhirnya menjadi punca kepada berbagai penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi. Untuk meneutralkan asid dalam badan, kita memerlukan air beralkali. Namun begitu adalah sukar mendapatkan air beralkali di pasaran tempatan dan jika ada pun harganya terlalu mahal. Sebagai alternatif, cara merawat darah tinggi dengan penggunaan Concentrated Mineral Drop (CMD) dapat membantu meringankan beban anda. Dapatkan lebih maklumat di sini => Rawatan Penyakit Kronik.