Cara Merawat Kencing Manis

Kebaikan dan Keburukan Gula

Gula mempunyai kebaikan dan keburukan terhadap sistem badan manusia. Kebaikan utama gula ialah untuk membekalkan tenaga kepada badan manusia untuk manusia mengharungi tempoh bekerja seharian samada di pejabat, di ladang, di tapak pembinaan dan sebagainya. Jika diperhatikan buruh-buruh kontrak di tapak pembinaan, mereka mengambil air minuman bergas dan ada di antara mereka mengambil sehingga sebotol besar 1.5 liter. Rasa gerun juga melihat cara mereka meneguk air berkabornat tersebut.




Tetapi jangan disamakan kita dengan mereka. Kita tidak melakukan kerja-kerja berat dan berpeluh. Sedangkan mereka minum sebegitu tetapi disulami juga dengan berbotol-botol air mineral dan baju mereka lencun dibasahi peluh. Peluh merupakan sebahagian dari ejen pembuangan toksid.


Bagi kita yang tidak bekerja di bidang yang mengeluarkan peluh yang banyak, amat tidak sesuai sekali mengambil minuman berkarbonat secara kerap. Minum dalam kuantiti yang sedikit sekadar melepaskan keinginan. 



kebaikan gula dalam badan
Kadar Gula Yang Tinggi Diperlukan Untuk Tenaga
Ramai yang mengatakan jika tak minum minuman bergula dari mana datangnya gula untuk memberikan tenaga? Sedar atau tidak sebenarnya dalam setiap hidangan makanan sudah mempunyai kandungan gula. Masak sambal tumis memang ada gula, masak daging masak kicap memang ada letak gula bahkan dalam kicap itu sendiri sudah ada campuran gula. Semua masakan pun memang ada gula cuma bezanya ialah banyak dan sikit sahaja.

Oleh yang demikian jika kita minum kopi tanpa gula pun sudah memadai, hehehe...



buah dalam diet seimbang
Ambil Buah-buahan Dalam Diet Seharian
Umumnya, masyarakat tidak langsung menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah kencing manis dalam diam. Sedar-sedar saja doktor mengatakan paras gula telah meningkat tinggi. Masalah kencing manis dalam diam ini disebabkan oleh faktor usia bilamana sistem organ dalaman manusia menjadi semakin lemah dan organ mula tidak mampu bekerja secara efektif. Faham-faham sajalah jika enjin sebuah kereta yang lama sudah tentulah tahap kecergasannya berbeza dengan enjin yang baru. 

Penyakit Kencing Manis dirujuk sebagai salah satu penyakit kronik di Malaysia. Dianggarkan 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini mengidap Penyakit Kencing Manis. Satu angka yang agak tinggi dan perlu diberi perhatian oleh warga Malaysia.



statistik pesakit kencing manis
Statistik Pesakit Kencing Manis

Tanda-tanda Awal Kencing Manis

  • kekerapan membuang air kecil walaupun kuantiti air yang diminum adalah sedikit.
  • mudah rasa dahaga walaupun dah berbotol air yang diminum
  • penurunan berat badan secara mendadak
  • kekerapan rasa lemah dan letih
  • rasa kebas pada kaki dan tangan kesan dari bermulanya kerosakan sistem saraf yang biasanya bermula di bahagian kaki

Cara Merawat Kencing Manis

  • Jaga amalan pemakanan seharian agar seimbang dari segi kuantiti dan jenis makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan. Jika boleh amalkan piramid makanan secara penuh berdisiplin.
  • Lengkapkan pemakanan seharian dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak. Amalan mengambil sayur-sayuran dalam makanan perlu dididik sejak kecil.
  • Keluarkan peluh dengan melakukan senaman. Peluh adalah ejen pembuangan toksik. Tidak perlu bersukan gaya seorang ahli sukan, memadai dengan melakukan aktiviti senaman yang melibatkan pergerakan ke semua anggota badan.
  • Tidur adalah salah satu keperluan untuk merehatkan otot-otot badan dan organ-organ badan supaya kekal cergas melakukan aktiviti-aktiviti seharian di keesokan harinya. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi, amat mudah dijangkiti penyakit kerana fungsi dalaman badan kekurangan tenaga melawan penyakit.
  • Mengambil ubat-ubatan mengikut jadual yang ditetapkan seandainya anda sedang mengikuti rawatan kekal dari pihak hospital. Kekerapan melanggar jadual pengambilan ubat akan menyebabkan anda terdedah kepada bahaya seperti luka yang dialami akan cepat merebak.
  • Mengambil produk-produk rawatan alternatif seperti herba-herba dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Ramai yang tidak sukakan produk-produk herba kerana rasanya yang agak pahit. Namun begitu pada zaman serba moden ini telah ada di pasaran produk herba yang dikapsulkan.
  • Pengambilan kadar air yang mencukupi dalam sehari dan pastikan air yang diminum tinggi kualitinya (bertapis) dan tinggi kadar alkali. Air beralkali mampu menurunkan kadar asid berlebihan dalam badan yang menjadi punca kepada berbagai penyakit kronik.
  • Tingkatkan ilmu dengan membaca maklumat berkaitan kencing manis agar semangat untuk terus berjuang terus membara. Mereka perlu dimotivasikan untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.
Kesimpulannya, dengan mengikuti cara merawat penyakit kencing manis yang dinyatakan di atas mampu membantu seseorang pengidap kencing manis menjalani kehidupan seperti biasa. Penyakit kencing manis mampu dikawal selain dari terus berdoa kepada Allah swt agar memberikan kesihatan yang baik. Pesakit kencing manis perlu diberikan sokongan moral untuk mereka terus gigih menjalani kehidupan dan mereka juga perlu difahamkan tentang penyakit kronik ini seperti amalan pemakanan harian, keselamatan di rumah dan juga di luar rumah. Elakkan dari mudah tercedera yang mungkin melibatkan luka kecil yang akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Antara punca kepada penyakit kronik yang menjadi topik paling ditakuti oleh manusia ialah tahap keasidan makanan yang masuk ke dalam perut seseorang. Punca kepada masalah penyakit kronik ialah badan seseorang itu mempunyai kadar asid yang berlebihan. Untuk meneutralkan asid dalam badan, seseorang perlu mengambil air beralkali. Penerangan lanjut mengenainya di sini.